___

SAIZ pasaran teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dijangkakan meningkat melebihi AS$3.7 trilion tahun ini dan bakal mencecah AS$4 trilion menjelang 2011, demikian menurut World Information Technology and Services Alliance (WITSA) dalam kertas kajiannya, Digital Planet 2008 yang diumumkan pada Kongres Teknologi Maklumat Dunia 2008 (WCIT 2008) di Kuala Lumpur semalam.

Pengerusi WITSA, George Newstrom, berkata walaupun pertumbuhan perlahan ekonomi di negara maju dijangka akan menjejaskan perbelanjaan ICT sehingga 2011, namun permintaan kukuh tahun lalu akan memberi kesan limpahan pada tahun ini.

“Kadar pertumbuhan tahunan bagi 2007 dan 2007 adalah 10.3 peratus, susut berbanding 12.3 peratus yang dicatat pada 12.3 peratus pada 2004, manakala pertumbuhan keseluruhan perbelanjaan ICT dijangka menjadi perlahan kepada 3.6 peratus menjelang 2011.
“Permintaan global bagi ICT terus berkembang. Ia kekal sebagai talian hayat kepada pertumbuhan ekonomi di semua industri dan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, Newstrom berkata, amat penting bagi sektor awam dan swasta di seluruh dunia bekerjasama menyelesaikan isu berkaitan dasar dan perniagaan yang secara amnya memberikan kesan kepada pasaran ICT. Mengulas lanjut mengenai beberapa penemuan kajian WITSA, Newstrom berkata, Amerika Syarikat (AS) mendahului dari segi jumlah perbelanjaan terbesar ICT, diikuti oleh Jepun, China, Jerman, United Kingdom, Perancis, Itali, Brazil, Kanada
dan Sepanyol.


dipetik dari BERITA HARIAN ONLINE/Ekonomi.

0 Comments:

Post a Comment



Template © by Abdul Munir