___

Salam Sejahtera,
Pertama sekali saya ingin ucapkan Selamat datang ke infobizonline.Ini adalah Blog rasmi untuk website Rahsiabizonline.com. Setiap hari ada website baru yang berkonsepkan web jualan,affiliate dan reseller muncul di Malaysia.Tetapi masih ramai yang melabelkan website seperti ini adalah penipuan dialam maya.Kenapa sudah tiada lagi ke yang baik di ruangan Internet atau kita yang salah dalam membuat pilihan?
Banyak peluang yang dapat dilakukan dengan internet,samada perkhidmatan atau menjual barangan.Adakan adil untuk kita melebelkan semua program dalam internet ini adalah penipuan, sama seperti di dunia nyata ramai yang menipu dalam urusniaga adakah boleh kita katakan yang perniagaan itu satu penipuan semuanya.Mungkin akibat kurang ilmu serta pengetahuan dalam bidang ini masyarakat melayu khususnya takut untuk berniaga.Lebih suka untuk mengambil upah sebagai kuli kepada peniaga?Bagi pendapat saya Ilmu adalah kunci dan pendinding bagi kita dari ditipu atau tertipu.Yang Pasti dari pemerhatian saya, sebenarnya lebih ramai lagi yang mempercayai mitos dan dogengnan yang duduk diam dapat duit (4D).Kerana itulah ramai yang terpengaruh dengan iklan yang menawarkan modal kecil pulangan lumayan.
Yang lebih terharu ada yang tak nak keluarkan satu sen nak keuntungan berjuta.Yang penting kita tahu apa yang kita nak lakukan dan apa yang sedang kita lakukan, ilmu adalah senjata yang paling penting untuk apa jua yang kita hendak lakukan.


Jenis Perniagaan Internet yang popular !
Hari ini banyak syarikat MLM yang terjun ke alam siber untuk mencari prospek, Yang dikenali dengan konsep Auto Donwline.Konsep network marketing yang mula dipopularkan oleh dua orang sahabat dari US. merupakan satu konsep pemasaran yang menabjukan, ramai yang telah berjaya dalam industri ini.Mereka adalah yang yang betul-betul faham dan mengaplikasikanya dengan betul.Tetapi ada juga setengah syarikat atau individu yang mengambil kesempatan untuk manipulasikan industri ini dengan menjanjikan pelan pemasaran yang melabur sikit tak berusaha pun masih mampu memberi pulangan berjuta ringgit.Tetapi adakan kita boleh terus menghukum MLM adalah penipu atau siapa yang menipu sudah tiada pilihankah kita.

Affiliate dan Reseller program,yang mula diperkenalkan oleh seorang mat US. juga.Dipopularkan oleh Amazon.com,ia berkonsep reseller dimana ahli yang berdaftar dengan sesebuah Syarikat akan di beri ganjaran apabila ada pelanggan yang respon kepada URL replika web yang dipromosi ahli di ruangan blog atau melalui penyebaran email yang berasakan konsep networking (jaringan) yang begitu berkesan kerana Internet adalah dunia tanpa sempadan.Yang menjadikan Amozon.com sebuah syarikat gergasi.Konsep ini juga digunakan oleh Googles untuk perkhidmatan pengiklanan (Adsense).
Kini ramai syarikat mengikut jejak langkah dua com. gergasi ini.kerana ia cukup berkesan dalam pemasaran produk ataupun perkhidmatan.Tetapi tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mencari mangsa yang nak jadi jutawan segera.

Apapun rumusanya ialah kita kena terima hakikat yang usaha adalah campuran dalam fomula kejayaan.Yang membezakan usaha seseorang itu adalah kebijaksanan mereka, ada yang berusaha sikit pulangan besar.Yang penting Ilmu kena diutamakan.Jangan rasa bijak bila ada yang cuba beri pandangan.Apa jua jenis program yang ditawarkan ada yang baik dan buruknya.
Apa jua yang ditawarkan Autodownline,Affiliate atau Reseller ianya ada yang betul-betul selagi anda buatnya dengan betul-betul.Jangan salah faham dengan tawaran yang deberikan,memang betul anda dapat pulangan yang besar dengan hanya bermodal RM20,tetapi anda juga perlu berusaha sebenarnya,baru lah anda boleh mendapat hasil.

Internet adalah TOOL`S atau alatan untuk membatu kerja-kerja kita,kecanggihan teknologi ICT membantu kita dalam urusan seharian besosial,berhubung,malah semakin canggih untuk kita berniaga.
Perniagaan Internet di Malaysia sekarang semakin meriah,rebutlah peluang ini jangan anda tertipu dengan diri sendiri.

1 Comment:

  1. falihah fairuz said...
    Bila nak siap Broo

Post a Comment



Template © by Abdul Munir